Wednesday, July 20, 2011

Nothin'..

Nothin'.....hahaha..ni la perkataan yang selalu aku buat status kat BBm n FB or twiiter aku.mungkin sbb perkataan ni COOL kut.bagi aku la.tapi tu la yg aku suke update sbb bg aku,tiada yang best kat dlm hidup aku dlm mase terdekat ni.tp ade gak yang best,mcm aku happy ngn family aku n kwn kat kampung den tu hah,(dah ,ulo speaking nogori hah)..

hmm..aku rase aku nak balik kg minggu ni la.tapi mak aku dtg KL sebab kat umah pak cik aku iaitu Ayahanda...(*sensored) nak buat kenduri doa selamat.tgok keadaan ar.sbb jiran aku ajak g bercuti.rase mcm rugi lak x pegi sebab bukan slalu aku g bercuti.aku kawan ngn jiran aku ni sejak aku satu ag.kire dh 14thn aku kwn ngn die.dari kecik smpai die dah kawin aku n dorang still ag rapat.

tp umie aku mesti ajak aku punye sbb aku ni slalu ikut die klu ade g mane2 sbb aku ni kire mcm driver la.hahaha..mmg aku suker bwk kete ataupn moto.sbb aku suke kan kelajuan..yeaaaa..tapi ingat,biar cepat asal kan selamat.

kadang kadang xbest gak jalan2 ngn family ni,hehehehe..sbb aku xdpt nak bawak laju2..penah aku bwk kete smpai 180km/h kat highway.hahahaha..tp dalam keadaan selamat ar,bapak aku dah memekak kat sebelah sebab bawak laju sgt.tp bile die bwk,boleh lak laju(sbb tu kete die la,die boleh bwak laju)haahhahahaha....

hmmm..ari ni ari rabu,aku keje part time ag.sabar ajie sabar,keje jgn xkeje.nnt sape nak bg duit kat parents ko..walaupun gaji kat tmpat keje part time ni xseberape,aku tetap nak keje gak kat situ sbb suasana kat saner best giler..

ok la,aku nak g minum kat kantin jup.(as usual)..hari2 lepak..best doe keje kat opis aku ni..
k la...

Assalamualaikum....

Monday, March 21, 2011

10 Petanda Dia Jodoh Kita

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


Beautiful Birds





Tuesday, March 15, 2011

Flyers Event yang aku Spin

ni la flyers event-event yang aku spin selama terbabit dalam dunia Dj.hehehe..sebenarnya,ade lagi tp xde flyers.






Sunday, October 31, 2010

Kehidupan Ajie

Masa : 0909
Tarikh : 01/11/2011

Ok,sambung balik.Sekarang aku dah berada dalam alam bekerja.Aku rase,dh dekat 4tahun aku berkecimpung dalam dunia pekerjaan.Bermula dari bekerja sebagai pemotong ayam dekat kedai runcit.Setahun gak ar aku keje kat situ.Kemudian,aku 'UP' sikit.Kerja kat Giant Hypermarket Senawang.Bekerja sebagai Pemotong ikan lak.haha..Mase tu,aku ingat,aku ni hanya boleh bekerja sebagai pemotong ikan atau ayam je.Emmm..banyak kenangan mase bekerja kat tempat tu.Kat Giant tu,aku kerja dalam 1 lebih ar.Kemudian,aku nekad untuk MERANTAU.Ye ar,sampai bile aku nak duk dengan ibubapa aku.Aku nk BERDIKARI.

Mula dari saat itu,aku mula mencari jalan macam mane nak berdikari.Al kisah pada suatu hari ni,aku eksiden.Langgar budak sekolah semasa balik kerja.Time aku aku baru pecut moto aku lepas dari bumper.Kemudian,ade 2orang kanak-kanak wanita hendak melintas.Seorang dari 2 budak perempuan tu perasaan aku dari jauh,yang lagi sorang ni,sibuk pandang dari arah beretentangan.Nak jadi kan cerita,aku pun mengelak la budak tu.Terlanggar sikit budak tu,kat bahagian tangan die.Aku dah macam nangka busuk melambung dari moto dan berguling-guling di tar jalan tu.Aku cakap,nasib baik aku mengelak awal,kalau tak,dah hancur berkecai dah budak tu aku langgar.Laju kut mase aku langgar budak tu.Selepas itu,aku pun bangun la dengan sendiri.dengan kaki berlubang,lutut calar balar,tangan pun same,pastu,tangan aku belah kiri niyh,HUH,bukan main perit dan sengal lagi.Dengan harapan budak yang aku langgar tu xde pape,aku pun bangun la.Tapi korang tahu ape yang aku nampak,Budak tu bangun pastu,bla macam tu je.hahahah..
nasib baik,mana tak nya,klu budak tu mati,teruk aku dibuatnya.Budak tu masih lagi berpakaian sekolah.Mengikut undang-undang,melanggar budak yang beruniform,CONFIRM sape yang langgar tu salah.Tak kire la,budak tu yang salah ke ape,yang langgar tetap salah.AHhahaha..Ape nye undang-undang la.Tapi aku sebagai rakyat MALAYSIA yang baik.Aku buat-buat faham je la.

Sejak dari kemalangan tu la,aku cuti lame.Dalam sebulan gak ar.Aku claim skali.Alhamdulillah,dapat la sikit.Tp xbanyak mane pun.Dari cuti lame tu,aku cube cari kerja lain.Last-last,aku dapat peluang pekerjaan kat kuala lumpur atas pertolongan abang angkat aku a.k.a Abang Apis.Aku resign terus keje kat Giant tuh.haha..kejam kan,dapat claim eksiden,terus bla.Aku mintak restu ibubapa aku untuk berhijrah ke kuala lumpur.alhamdulillah,ibubapa aku mengizinkannya.

Aku sedih gile.Mane tak nya,Sejak kecik,aku xpenah berpisah dengan ibubapa aku.Aku sayang giler kut kat umi aku.Ayah aku pn aku sayang.UMI,AJIE SAYANG SANGAT KAT UMI.AYAH PUN AJIE SAYANG.hehehe..(muke je ganas ajie niyh,tapi dalam ahati ade taman).Tapi ok la kan.Aku ni klu bab family,aku xperlu nak malu-malu.Aku cium pipi umi ayah aku kat khalayak ramai kut.Nak malu ape..??tu parent aku kut.Aku akan sayang mereka sampai bile-bile.

bersambung....

Monday, October 25, 2010

Dah Mula tulis blog..

Emmm..aku pn tak tahu la.kenapa aku bosan dengan hidup aku niyh.Tapi,aku cuba hindari perasaan bosan tu dengan beringat kepada Tuhan.Sebab tuhan sentiasa ingat kat umat nya.Mungkin aku ni hidup berdikari.Aku mula hidup berdikari sejak tamat bersekolah lagi.Kemudian,aku behijrah ke bandar,Kuala Lumpur.Bandar yang penuh cabaran bagi aku.

Mula²,aku agak liar dengan kehidupan kat bandar ni.Mane tak nye,gaji aku masa mula bekerja kat KL,basic rm1000.potong²,tinggal la rm890.Huh,macam mane la aku boleh survive dengan duit yang sebanyak tu.Ye la,duit sewa rumah,duit parents,duit rokok,minyak,makan n etc.Korang rase,dapat tak korang hidup dengan bergaji rm890.

Emm..aku ni,bkn xnk belajar,tapi,aku ni ade adik-bradik ramai.Jadi,aku bagi peluang kat adik2 aku utk belajar.parents aku xde la kaya.Jadi,aku amik keputusan untuk bekerja.Aku nk ringan kan beban parents aku untuk membiayai adik-bradik aku yang lain untuk menyambung blaja.kire bekorban ar niyh.tp parents aku tak tahu niat aku sebenar nye.parents aku ingat,aku ni malas nk blaja dah.oh tidak,aku boleh blaja sebenarnya,bukan nak bangga diri tp,ramai cikgu yang cakap mcm tu,mane taknye,upsr aku,1A 3B 1C.PMR aku 1A 1B 6C.tp SPM aku hancur terus.Sbb aku serong n mc bnyk sgt.sehari pn aku xblaja dalam mase 2thn tu.tp alhamdulillah,time SPM,xde kantoi langsung.

Tapi aku agak menyesal gak ar.tp nk wat mcm mane kan.Aku jeles la ngn kawan2 aku yang belajar,ade kelayakan.Kadang²,aku cemburu dengar kawan2 aku bercerita tentang kehidupan dorang time kat tempat belajar.Aku?Xde pengalaman kat tempat belajar sebab aku tak pegi belajar.Tapi aku bersyukur gak sebab dapat pengalaman kerja.Mane tak nya,aku paling muda dekat tempat kerja aku tu.Yang lain semua dh besar dan tua.Aku je yang baru 18tahun.huhuh..

Bersambung....

Monday, August 16, 2010

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.Dapat juga aku mencipta blog sendiri pada hari ni yang bertanggal 17 Ogos 2010.Hari ni adalah hari yang ke-7 untuk bulan ramadhan tahun 1431 Hijrah.Aku cukup berbangga kerana aku berpuasa penuh setakat hari ni dan aku cube untuk penuh pada tahun ini.Aku harap,korang semua boleh la singgah² kat bloh aku pas niyh.InsyaALLAH,aku akan update blog aku ni selalu.